Ucap selamat kepada Perayaan Agama lain | Manusia dahulunya menjadikan batu sebagai alat untuk memotong daging,pokok dan sebagainya satu generasi ke generasi kehidupan mereka berubah kearah lebih maju dahulu mereka menggunakan batu kini semua manusia telah menggunakan pisau yang tajam untuk memotong tetapi apa yang pelik dengan masyarat kita sekarang setiap tahun pasti ada soalan yang sama mengenai orang islam tentang hukum “ ucapan selamat kepada perayaan agama lain” sedangkan jawapannya telah lama diberikan oleh ahli ilmu islam.

Ucap selamat kepada Perayaan Agama lain

Jika admin ingin menjawab soalan ini admin sememangnya bukan ahlinya oleh itu kami berikan sumber rujukan kapada anda semua untuk anda semua share dan kongsikan kepada seluruh masyarat biar kita semua jelas dan faham dan lakukan perubahan terhadap pemikiran masyarakat kita sekarang.

Anda Boleh baca Artikel keluaran Bayan Linnas Mufti Wilayah tentang hukum Mengucapkan “Merry Christmas kepada orang-orang yang beragama kristian. ( RUJUKAN DISINI).

Sila pastikan anda membaca dengan teliti isi kandungan tulisan mufti wilayah supaya anda faham hukum dan bagaimana untuk tidak melebihi batas-batas apa yang boleh.

Apa yang admin faham daripada pemahaman kami melalui pembacaan tulisan mufti wilayah masyarat malaysia HARUS mengucapkan selamat kepada perayaan agama lain tetapi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan yang paling penting bukannya bertujuan untuk mengiktiraf agama mereka atau cuba berparti seperti mereka dengan berpakaian santa dan lain-lain.

 

Harap dengan jawapan ini kita akan berhenti bertanya soalan-soalan yang sama setiap tahun setiap masa.

 

SHARE
Next articleOrang tua tidak boleh ditegur?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here