Orang tua tidak boleh ditegur? | Adakah orang tua tidak boleh ditegur apabila melakukan kesalahan dan adakah orang muda yang menegur kesalah orang yang lebih tua dikira sebagai orang yang kurang adab@ kurang ajar? Jom kita baca kisah seorang pemuda dan kalifah islam yang sangat dikenali iaitu Umar bin Abdil Aziz mudah-mudahan minda kita semua terbuka anda bersedia untuk melakukan perubahan dalam diri kita dan juga orang-orang lain.

Orang tua tidak boleh ditegur?

” ketika Umar bin Abdil Aziz memerintah, rombongan dari luar datang berjumpa dengannya. Maka datang rombongan dari Hijaz (semenanjung arab) datang kepadanya dan seorang pemuda ke depan untuk bercakap dan dia sangat muda.
Umar berkata: bagilah orang yang lebih berumur untuk bercakap.

Kata pemuda itu: moga Allah memperbaiki amirul mukminin! Sesungguhnya (martabat) manusia itu dengan dua organ kecilnya: lidahnya dan jiwanya. Apabila Allah menganugerahkan seseorang dengan lidah yang fasih dan jiwa yang kuat mengingati maka dia berhak untuk bercakap. Orang yang mendengar ucapannya akan tahu kelebihannya. Jika kelebihan itu dihutung dengan umur, sudah pasti ada orang yang lebih berumur dari jawatan kamu ini (untuk memerintah umat ini).

Kata Umar: engkau benar. Cakaplah apa yang engkau mahu.

Mujurlah ilmu ini dihitung dengan hujjah. Maka nilailah hujjah tersebut. Benar kita biasa saja tersalah, maka gunakanlah ruang nasihat untuk memperbaiki diri.

Dengan kisah ini kita dapat tahu bawah ilmu itu dihitung dengan hujjah dan seorang yang lebih tua,berpengalaman bukan bererti mereka ini tidak melakukan kesalah dan bukan juga mereka ini kebal daripada sebarang teguran juga yang menegur bukanlah beerti mereka ini kurang ajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here